Tsunami yang membadai kawasan pesisir Selat Sunda malam tadi

BANTEN- Angka korban dalam kejadian tsunami yang membadai Banten, Indonesia meningkat kepada 62 orang manakala 584 cedera dan 20 lagi masih hilang setakat jam 10 pagi waktu tempatan (11 pagi waktu Malaysia).

“Data yang diperoleh setakat 23 Disember 10 pagi ini, jumlah korban yang meninggal 62 orang meninggal dunia, yang tercedera adalah 584 orang dan 20 hilang.

“Terdapat 400 buat rumah, sembilan buah hotel, 10 buah kapal yang mengalami kerosakan.

“Data mangsa dan juga kerosakan bangunan ini akan terus meningkat. Usaha sedang diteruskan hingga ke saat ini bagi menangani impak tsunami di Selat Sunda,” katanya Ketua Pusat Data dan Informasi Badan Bencana Nasional Indonesia, Sutopo Purwo Nugroho di akaun Instagramnya.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam tadi, kawasan Pandeglang, Serang dan Lampung Selatan, Indonesia telah dibadai tsunami yang dipercayai berlaku akibat kombinasi tanah runtuh di dasar laut disebabkan oleh letusan gunung berapi Anak Krakatoa.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast