Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menegaskan kerajaan negeri tidak akan membenarkan Kem Sungai Udang atau Kem Komando dipindahkan kerana kewujudannya amat sinonim dengan Melaka.
Beliau berkata, kem berkenaan tidak boleh diganti dengan kem lain dan akan terus dikekalkan selagi beliau mentadbir negeri itu. Ab Rauf berkata demikian selepas menghadiri Sambutan Hari Keluarga Rejimen Gerak Khas di Kem Sungai Udang.















