Keindahan Lata Fareena yang ditemani dengan bunyi arus yang mengalir di sekitarnya.

BENTONG – Jika anda menggemari aktiviti lasak dan mencari destinasi untuk diterokai, Lata Fareena yang terletak di Tanah Aina Fareena di 54KM Lebuhraya Karak-Lentang di sini merupakan lokasi sesuai untuk dikunjungi.

Ini kerana kawasan hutan yang masih dara menyediakan pakej lengkap bagi penggemar aktiviti lasak seperti merentasi bukit, menaiki tangga dan meredah sungai.

Lata Fareena juga dilihat sesuai bagi warga bandar ‘melarikan diri’ daripada suasana hiruk-pikuk kota metropolitan untuk menikmati keindahan alam semula jadi.

IMG_4504
Laluan masuk ke Tanah Aina Fareena Cafe & Restaurant.

Baru-baru ini, penulis telah berkesempatan meneroka sendiri keunikan dan keindahan biodiversiti yang terdapat di sana.

Dan pengunjung pastinya pulang dengan perasaan terpegun kerana kecantikan persekitaran yang nyaman dan mendamaikan serta lebih menarik amat sesuai untuk aktiviti keluarga dan berkumpulan.

Malah perjalanan secara santai ke Lata Fareena hanya mengambil masa selama sejam untuk sampai sebelum dapat menikmati keindahan air terjun dan mandi manda di sana.

IMG_4505
Pengunjung perlu meredah sungai untuk sampai ke Lata Fareena.

Memilih pakej dikenali Back To Nature, pengunjung memulakan aktiviti dengan menikmati sarapan pagi yang disediakan oleh  Tanah Aina Fareena Cafe and Restaurant.

Pengunjung boleh menjamu selera sepuas-puasnya dengan menu kampung ringan seperti roti canai, kuah dal, kuah sardin, bihun goreng dan tentunya tarikan istimewa iaitu ubi kayu rebus yang dicicah dengan pilihan sambal dan kelapa.

Selepas itu, pengunjung perlu melakukan senaman ringan bagi meregangkan otot badan dengan permulaan halangan menaiki dan menuruni tangga yang agak mencabar.

IMG_4588
Pengunjung ditemani pemandangan menghijau Banjaran Titiwangsa yang tersergam indah.
IMG_4510
Laluan yang santai untuk seisi keluarga.

Kemudian pengunjung mula berdepan cabarab apabila meredah sungai dan berjalan kaki untuk sampai di Lata Fareena dengan ditemani pemandangan menghijau Banjaran Titiwangsa yang tersergam indah.

Sampai di Lata Fareena, selepas mandi manda, secawan kopi dan biskut disediakan sebagai pembasah tekak dan mengalas perut. Kembali semula ke restauran, perjalanan mengambil masa hampir sejam juga.

Dengan perut yang mula berkeroncong, hidangan bufet tengahari yang menanti cukup membuka selera dengan masakan kampung seperti kari ayam, kari ikan dan pelbagai sayuran seperti pucuk paku yang ditanam di kawasan sekitar selain pemanis mulut seperti buah-buahan, kek dan manis turut disediakan.

IMG_4576
Mandi manda di air terjun yang sejuk di Lata Fareena.
IMG_4616
Terapi minda apabila berada di Tanah Aina Fareena.

Suasana kampung yang mendamaikan.Bayangkan pakej yang disediakan untuk semua ini hanya RM100 seorang dengan minimun satu trip seramai 10 orang. Amat berbaloi kerana pakej ini termasuk bufet sarapan pagi, pemandu, kopi atau teh panas di Lata Fareena dan bufet makan tengah hari.

Sementara itu, Tanah Aina Fareena Cafe & Restaurant dibuka kepada orang ramai sejak September lalu adalah sebuah restoran yang dikelilingi oleh alam yang mempesonakan.

Terletak tidak jauh dari ibu kota Kuala dan bandar Bentong yang merupakan pintu utama kenegeri Pahang, restoran ini merupakan tambahan kepada Tanah Aina Cafe iaitu sebuah kafe terkenal di Shah Alam yang memulakan operasinya pada tahun 2013.

IMG_4602
Melepas lelah sambil minum secawan kopi panas.

Menawarkan tetamu dengan pengalaman alam semula jadi, para tetamu disambut dengan kehijauan Tanah Aina Fareena yang diiringi dengan bunyi arus yang mengalir di sekitarnya.

Tetamu boleh memilih untuk menjamu selera di dewan makan peribadi atau di taman yang ditemani pokok-pokok menghijau.

Menggabungkan menu Asia dan tempatan, kafe ini menyajikan makanan bebas kimia dan makanan percuma MSG dengan sayur-sayuran yang kebanyakannya ditanam di ladang sayuran khas dan ikan air tawar (hasil dari kolam sendiri.

IMG_4507
Pengunjung perlu berdepan dengan aktiviti menaiki dan menuruni tangga.

Antara menu yang menjadi tarikan adalah Talapia Steam Nyonya, Ayam Nanas, Udang Mentega, Sotong Telur Asin, Tomyam Seafood dan juga steambot.

Tanah Aina Fareena Café and Restaurant juga memilik dewan utama yang boleh menampung sehingga 70 tetamu yang berperanan untuk pelbagai acara seperti mesyuarat, pelancaran produk dan program keraian lain.

IMG_4627
Menu kampung disediakan untuk pengunjung.

Malah majlis perkahwinan secara eksklusif buat ahli keluarga terdekat dan rakan rapat juga diadakan buat 200 tetamu.

Bagi yang berminat, tempahan atau pertanyaan lanjut boleh menghubungi restoran di +609 233 9112 atau hubungi talian 016609 0493 (Juliet), 016215 9252 (Hannah) dan 0112628 8779 (Sheila). – MalaysiaGazete

IMG_4621
Menu pencuci mulut buat pengunjung.