MANCHESTER – Manchester City terus ditimpa menjelang Krismas tahun ini selepas dua kekalahan dalam tiga perlawanan malam tadi.

Kekalahan mengejut 2-3 kepada Crystal Palace menjadikan sambutan perayaan tahun ini pastinya suram buat skuad kendalian Pep Guardiola.

City kini dilihat semakin sukar merangkul gelaran kedua berturut-turut kini tampak sukar kerana ketinggalan kepada Liverpool dengan empat mata.

Isyarat kemenangan anak buah Guardiola mula terbayang apabila merka membuka jaringan di babak pertama menerusi Ilkay Gundogan.

Namun anak buah Roy Hodgson menampilkan kebangkitan luar biasa apabila mendahului permainan menerusi Jeffrey Schlupp, Andros Townsend dan penalti Luka Milivojevic.

Kevin De Bruyne merapatkan jurang pada minit ke-85 namun gol ketiga untuk sekurangnya seri di tempat sendiri gagal diperolehi sehingga wisel penamat.

City dan Liverpool akan bertemu di Manchester pada 3 Januari depan dan menjadi peluang buat Liverpool mengukuhkan kedudukan teratas liga. – MalaysiaGazette