Zuraida Kamaruddin
Zuraida Kamaruddin

KUALA LUMPUR – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melantik peguam Syazlin Mansor dari firma guaman Tetuan Tina Ong & Syazlin Mansor sebagai peguam pemerhati untuk keluarga Muhammad Adib Mohd. Kassim dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)

Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata, selain memberikan khidmat nasihat guaman kepada keluarga Muhammad Adib dan JBPM, peguam pemerhati itu akan turut membantu pihak polis dan pihak pendakwaan dalam persiapan prosiding kes berkenaan.

Dalam kejadian rusuhan kuil Maha Mariamman bulan lepas, Muhammad Adib dibelasah ketika sedang bertugas dan meninggal dunia kira-kira tiga minggu selepas mengalami kecederaan teruk. -MalaysiaGazette