KUALA LUMPUR – Satu gempa bumi berukuran 5.0 skala Richter melanda Pariaman di wilayah Sumatera Barat malam tadi.
Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa ataupun kerosakan dilaporkan setakat ini.
Gempa bumi yang berlaku kira-kira jam 9.03 malam wajtu tempatan turut dirasai di bandar Padang yang mana ramai pelajar Malaysia menuntut di institusi pengajian tinggi di sana.
Menurut Wisma Putera, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Medan telah menghubungi kesemua pelajar Malaysia di sini dan bertanyakan keadaan mereka.
Kesemua rakyat Malaysia yang berada di zon gempa itu diminta bertenang dan terus mengikuti perkembangan terkini menerusi saluran berita tempatan, katanya.-MalaysiaGazette