Sebahagian peseta memegang kain rentang yang tertera " Kami Menuntut Keadilan UntukMu Adib "pada Himpunan Justice 4Adib di Dataran Seni, Klang, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 25 DISEMBER 2018

KLANG – Kematian allahyarham Muhammad Adib Mohd Kasim sepatutnya dibela dengan penubuhan Suruhanjaya Diraja (RCI), kata Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).

Namun presidennya, Zambri Mohd Isa mempertikaikan tindak tanduk kerajaan yang disifatkannya gagal menubuhkan suruhanjaya khas demi menyiasat kematian anggota bomba angkara rusuhan di sebuah kuil pada November yang lalu.

“Sampai hari ini tidak ada lagi RCI. Kita desak diwujudkan segera RCI. Kita akan bangkit terus lawan,” Katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Himpunan Untukmu Adib dan Desakan Pecat P. Waytha Moorthy di Dataran Seni Klang petang tadi.

Selaku NGO Melayu, GPMS menurut Zambry, akan terus menuntut pembelaan kematian Allahyarham Adib diberikan perhatian.

MGF25122018_JUSTICEFORADIB_07
Sebahagian dari peserta Himpunan Aman “Keadilan Untukmu ADIB & Desakan Pecat P. Waytha Moorthy” membawa poster gambar Allahyarham Muhammad Adib #justiceforAdib anjuran Gerakan Rakyat Malaysia (GERAS)di luar perkarangan Masjid Diraja Klang, Selangor. foto AFIQ RAZALI, 25 DISEMBER 2018.

Dalam masa sama GPMS tidak akan teragak-agak untuk menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA) agar isu keganasan terhadap allahyarham Adib disiasat dengan mendalam.

“Kita akan serah memorandum kepada Agong,” katanya lagi.

Sebelum ini Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan UMNO juga pernah mendesak Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhjan bagi mencari dalang sebenar yang mengorbankan nyawa anggota bomba, Muhammad Adib Mohd yang meninggal 17 Disember yang lalu akibat rusuhan yang berlamu si Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast