Mourinhomenulis sesuatu di laman sosialnya sebelum meninggalkan pejabat Manchester United di England

LONDON – Pejabat bekas pengurus Manchester United, Jose Mourinho dibersihkan sejurus lelaki kelahiran Portugal itu meninggalkan pasukan itu.

Langkah tersebut sekaligus memadam kenangan kedua-dua pihak selepas Mourinho meninggalkan rekod terburuk dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris.

Maurinho bakal menerima pampasan sebanyak 22.5 juta pound (RM119 juta) daripada kelab itu.

Mourinho menerima berita mengenai pemecatannya selepas mengadakan pertemuan dengan naib pengerusi eksekutif, Ed Woodward.

Barang-barang milik beliau, termasuk gambar yang digantung di dinding serta trofi, diturunkan dan dimasuk ke dalam kotak sebelum diangkut keluar. – MalaysiaGazette