Najib Tanya Tony Pua Location KFC? | EDISI MG 27 DISEMBER 2018

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, inkues akan dibuat oleh Peguam Negara selaku pendakwa raya dan akan mengarahkan majistret untuk membuat siasatan (inkues) bagi menentukan kematian Allahyarham Muhammad Adib Mohd. Kassim.

Siasatan pihak polis melalui rakaman percakapan saksi-saksi, lakonan semula dan juga hasil bedah siasat yang telah dilakukan oleh pihak forensik patalogi telah menemukan dapatan tertentu mengenai sebab kematian allahyarham yang hanya boleh didedahkan di mahkamah nanti.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berseloroh lagi dalam media sosial beliau semalam meminta Tony Pua berkongsi lokasi KFC yang dikatakan telah menurunkan harga makanan segera mereka selepas perlaksanaan SST.

Ini kerana, dalam satu kenyataan, syarikat makanan segera itu memberitahu bermula Disember 2018, harga makanan yang disenaraikan di kesemua rangkaian restoran itu adalah termasuk 6 peratus Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

 

Dua butir bom menggegarkan Pantai Samila di Songkhla, Thailand malam tadi, yang popular kalangan pelancong dalam dan luar negara termasuk rakyat Malaysia.

Letupan bom pertama berlaku pada 11 malam tadi merosakkan patung ikan duyung yang menjadi simbol industri pelancongan di wilayah berkenaan manakala Letupan kedua pula berlaku 10 minit selepas kejadian pertama di patung tikus dan kucing di pantai sama yang terletak kira-kira 200 meter dari lokasi patung ikan duyung itu.

Konsul Jeneral Malaysia di Songkla, Mohd Afandi Abu Bakar, ketika dihubungi mengesahkan tiada rakyat Malaysia cedera dalam kejadian itu dan lokasi kejadian kini ditutup kepada pengunjung.