Pihak berkuasa sedang melakukan siasatan di luar kawasan sebuah gereja selepas letupan berlaku. foto Agensi

ATHENS – Satu alat peranti meletup di luar sebuah gereja di tengah Athens telah mencederakan seorang pegawai polis dan orang awam.

Setakat ini, belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab.

Gereja itu terletak di kawasan suku Kolonaki, yang bersempadan dengan Exarchia, sebuah daerah yang kerap menyaksikan pertempuran antara polis dan anarki.

Ledakan itu berlaku di luar gereja Saint Dionysios sekitar jam 7 pagi waktu tempatan (0500 GMT), sebelum ia dibuka kepada orang ramai.

Pegawai polis dan mangsa kedua yang dikenal pasti sebagai penjaga gereja telah dibawa ke hospital manakala kawasan gereja telah dikepung sebagai langkah berjaga-jaga.

Kecederaan yang dialami kedua-dua mangsa bukan ancaman kepada nyawa, kata jurucakap hospital.

Polis memberitahu, pegawai polis itu telah mengesan sebuah kotak di luar gereja dan ketika ia tiba-tiba meletup.

Letupan itu tidak kuat dan pegawai polis itu hanya mengalami kecederaan di muka dan tangan.

Polis kini sedang menjalankan siasatan.

Serangan ke atas perniagaan, bangunan kerajaan, polis dan ahli politik bukan luar biasa di Greece. – MalaysiaGazette