TERKINI : “Chempaka Istimewa di Hati Saya” – Nik Omar

Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang baharu, Nik Omar Nik Abdul Aziz memberitahu Chempaka dekat di hatinya kerana memiliki beberapa keistimewaan tersendiri.

Beliau yang juga bekas calon Dewan Undangan Negeri (DUN) itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) berkata, selain namanya yang comel, ia kerana tempat peninggalan allahyarham bapanya yang juga bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Malah menurutnya, YADIM mempunyai sejarah kerana Nik Abdul Aziz yang juga bekas Menteri Besar Kelantan pernah menjadi pemegang amanah agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri itu.

1 Komen

  1. Sgt Besar jiwa kamu, Nik Omar. Setiap perkara di Alam Maya ini, bersifat Causal, sentiasa dlm keduan.

    jika Ayah kamu dlm sifat ‘Cause’ – Nik Abduh melihat Ayah nya dlm sifat ‘keberkesanan’ NYA.

    Kamu seorang yg tinggi akhlak tapi…

    Politik bukan keperluan akhlak yg tinggi.

Comments are closed.