Foto NBC4.

ARLINGTON, Amerika Syarikat – Seorang bayi lelaki seberat 6.7 kilogram (kg) selamat dilahirkan di sini sekali gus memecah rekod kelahiran bayi terberat di bandar itu.

Bayi comel itu dinamakan Ali merupakan bayi paling berat dan paling besar yang disambut oleh doktor di Hospital Memorial Arlington, Texas.

Dia dilahirkan secara pembedahan oleh ibunya, Jennifer Medlock yang pada mulanya menjangka berat bayinya hanya sekitar 4.5kg iaitu sama seperti berat anak perempuan mereka yang berusia dua tahun ketika dia dilahirkan.

Dia dan suami, Eric Medlock yang merupakan guru muzik terkejut apabila doktor memaklumkan saiz Ali adalah sepanjang 52.6 sentimeter (cm).

Selepas dilahirkan, Ali kemudian dibawa ke unit rawatan rapi neonatal kerana mempunyai paras gula dalam darah dan platlet yang rendah.

Ia disebabkan oleh tubuhnya yang lebih besar berbanding saiz purata bayi lain.

Kesihatan Ali bertambah baik selepas itu dan dibenarkan pulang bersama ibu bapanya pada 19 Disember.

Jennifer turut melahirkan anak perempuannya Annabelle melalui kaedah sama. – MalaysiaGazette