Herschel
Beg Herschel yang diberikan kepada perwakilan sempena Perhimpunan Agung Tahunan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) 2018 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 29 DISEMBER 2018.

PUTRAJAYA – Pemberian beg berjenama Herschel kepada beberapa perwakilan yang hadir ke Perhimpunan Bersatu tidak diketahui oleh pimpinan tertinggi sayap-sayap.

Ketua Srikandi Bersatu Datuk, Seri Rina Harun dan Ketua Armada Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang ditanya wartawan mengenai perkara itu kelihatan terpinga-pinga.

Mengikut laporan Malaysiakini seramai lapan orang dari setiap bahagian – ketua bahagian, timbalan dan ahli jawatankuasa – menerima beg tersebut di kaunter pendaftaran.

Beg yang diagihkan dalam pelbagai warna, seperti biru, kelabu, hitam dan merah, dan setiap satunya dengan saiz dan rekaan yang berlainan.

Di bahagian beg tersebut, tertera logo Bersatu dan “Perhimpunan Agung Tahunan Kali Yang Kedua Parti Pribumi Bersatu Malaysia” yang dijahit.

Bagaimanapun menurut sumber, beg berjenama yang pada mulanya dikatakan tulen dengan anggaran harga RM250 hingga RM300 sebuah itu sebenarnya dibeli secara pukal dengan harga RM18.50 sahaja dan ia bukanlah asli.

Kebanyakan perwakilan yang menerimanya tidak tahu akan harga beg tersebut tetapi memuji mutunya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast