Hilton di Portland

OREGON – Hotel Hilton di Portland memecat seorang pengawal keselamatan dan seorang pengurus selepas seorang tetamu kulit hitam merakam video mereka yang memanggil polis untuk melaporkannya kerana menceroboh.

Ketika rakaman itu dibuat, lelaki kulit hitam itu baru sahaja bercakap dengan ibunya melalui telefon di lobi hotel itu.

Polis bertindak balas terhadap panggilan dan mengiringi Jermaine Massey keluar dari DoubleTree by Hilton, yang mana dia tinggal pada 22 Disember lalu, menurut kenyataan firma peguam yang mewakili mangsa.

Peguamnya berkata, Massey tidak melakukan apa-apa selain menghubungi ibunya.

Rakaman video dan percakapan Massey dengan pengawal keselamatan dan pengurus telah dikongsi dalam Instagram dan menjadi tular.

Massey mendakwa layanan ke atasnya oleh hotel berkenaan sebagai rasis.

“Susulan siasatan dalaman, kami memecat kedua-duanya,” kata hotel itu dalam satu kenyataan.

Hilton berkata, pihaknya tidak akan bertolenrasi dengan isu rasis. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast