KUALA LUMPUR – Penerbitan The Muslim 500 memilih Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Muslim Man Of The Year bagi tahun 2019.

Menerusi edisi terbaharu yang dikeluarkan sempena ulang tahun ke-10 penerbitan itu, Mahathir mengetuai senarai 500 individu muslim terhebat dunia.

Perdana Menteri dipilih berdasarkan kejayaan beliau memimpin Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 dan menjadi Perdana Menteri kali kedua selepas pemerintahan selama 22 tahun sebelum ini.

Mahathir turut disifatkan individu satu dalam sejuta yang memacu Malaysia sehingga menjadi Harimau Ekonomi bagi Asia Timur pada era pemerintahan terdahulu, selain mempunyai prinsip kepimpinan yang digeruni kawan dan lawan.

Turut berada dalam senarai itu adalah Raja Abdullah II dari Jordan, Presiden Indonesia Joko Widodo dan Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan.

Sementara itu, bagi wanita Islam paling berpengaruh pula, gelaran Muslim Woman of the Year diberi kepada Ahed Tamimi, 17, iaitu seorang remaja Palestin yang popular kerana keberaniannya menampar tentera Israel pada Disember 2017.

The 500 Most Influential Muslims adalah penerbitan tahunan yang pertama kali diterbitkan pada 2009 yang mengiktiraf individu Islam paling berpengaruh di dunia.

Ia disusun oleh Pusat Pengajian Strategik Diraja Islam yang berpusat di Amman, Jordan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast