MOSCOW – Perkhidmatan menyelamat di bandar Magnitogorsk berusaha mencari mereka yang terselamat selepas letupan gas berlaku pagi ini menyebabkan sebahagian bangunan apartmen runtuh, mengakibatkan sekurang-kurangnya dua orang terbunuh, lapor agensi berita.

Media di bandar yang terletak 1,700 kilometer ke timur Moscow di Ural berkata, adalah tidak jelas berapa ramai orang terperangkap dalam runtuhan itu, namun jeritan meminta tolong kedengaran di bawah runtuhan, lapor Reuters.

Memetik sebuah kementerian, agensi berita RIA berkata, seramai 110 orang tinggal di bangunan itu dan 48 buah apartmen telah musnah.

Kementerian itu berkata dalam laman sesawangnya bahawa 16 orang telah dipindahkan manakala tiga orang lagi dibawa keluar daripada runtuhan. Ia berkata, bercana itu mungkin disebabkan oleh letupan gas.

Laporan media berkata, letupan itu telah memusnahkan bangunan tersebut pada jam 6 pagi waktu tempatan apabila kebanyakan penghuninya masih lagi tidur.

Hari ini merupakan cuti umum di Rusia sebelum menyambut tahun baharu – Agensi