Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai
Liow Tiong Lai

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dijangka memanggil bekas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai pada pertengahan Januari ini bagi mendapatkan penjelasan berhubung pelaksaan sistem permit kemasukan kenderaan (VEP).

Ia susulan dakwaan kontrak itu diserahkan kepada kontraktor yang mempunyai simpanan sebanyak RM35.54 dalam akaun berbanding RM2.3 juta seperti yang disyaratkan.

Timbalan Pengerusi PAC, Wong Kah Woh telah mengesahkannya, menurut laporan The Malaysia Insight.

Isu itu dibangkitkan dalam Siri Kedua Laporan Ketua Audit Negara 2017.

VEP adalah permit yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan yang membolehkan kenderaan asing masuk ke Malaysia.

“Kami akan bincang dengan anugerah kontrak sistem VEP kepada syarikat TCSens Sdn. Bhd. yang dibuat tanpa tender terbuka,” kata Kah Woh.

Portal itu mendakwa syarikat yang diberikan kontrak itu mempunyai kaitan dengan Timbalan Setiausaha Agung dan bekas Ahli Parlimen Tanjuang Piai Wee Jeck Seng.

PAC juga akan mendapatkan penjelasan mengenai penyelewengan mengenai peralatan bernilai RM4.07 juta yang didakwa tidak dipasang. – MalaysiaGazette