Ibu pejabat FSB di Moscow. foto Agensi

MOSCOW – Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan (FSB) Rusia telah menahan seorang warga Amerika Syarikat selepas disyaki mengintip negara ini.

Susulan itu Rusia telah membuka kes jenayah ke atasnya.

FSB berkata, warga Amerika itu ditahan pada hari Jumaat tetapi tidak memberi butiran lanjut berhubung pertuduhan itu.

Di bawah undang-undang Rusia, pengintip boleh dikenakan penjara antara 10 hingga 20 tahun penjara.

Seorang wakil Jabatan Negara Amerika Syarikat berkata, Rusia telah memaklumkan penahanan rakyat Amerika Syarikat dan mahu Moscow menyediakan akses konsular supaya suspek dapat dilawati.

“Kami telah meminta akses ini dan mengharapkan pihak berkuasa Rusia untuk menyediakannya, kata wakil itu, tanpa memberikan butiran tentang identiti warga Amerika atau sebab-sebab di sebalik penahanannya.

Bagaimanapun, agensi berita TASS menamakan suspek yang ditahan sebagai Paul Whelan.

David Whelan yang juga abang kepada suspek mengakui Paul telah ditahun namun enggan mengulas lanjut.

Namun, spekulasi di atas talian mendakwa Paul bekerja dengan firma Kelly Services yang beribu pejabat di Novi di Troy, Michigan.

Sementara itu Kelly Service memaklumkan Paul bekerja dengan syarikat berkenaan sehingga Februari 2016. – MalaysiaGazette