Kesan serpihan di kawasan rempuhan sebuah kereta ke atas sekumpulan warga asing di Bottrop, Jerman. foto Agensi

BERLIN – Seorang lelaki Jerman ditahan selepas melakukan serangan xenophobic sekumpulan warga asing termasuk Syria dan Afghanistan di Bottrop.

Kejadian itu menyebabkan empat orang cedera dan masih dirawat di hospital.

Polis berkata, lelaki berusia 50an yang memandu kereta telah bertindak merempuh pejalan kaki di sebuah plaza yang sesak di bandar Bottrop, selepas tengah malam Tahun Baharu.

Suspek didakwa telah membuat komen berbentuk rasis sebelum ditahan.

Lelaki itu sebelum ini cuba melanggar seorang pejalan kaki, yang berjaya melarikan diri.

Kemudian, dia mensasarkan sekumpulan orang di perhentian bas di bandaraya Essen, kata saksi.

“Seorang lelaki Jerman sengaja bertindak menghalau orang ramai … yang sebahagian besarnya terdiri daripada orang asing,” kata Menteri Dalam Negeri, North Rhine-Westphalia, Herbert Reul sambil menyifatkan serangan itu ada niat yang jelas untuk membunuh warga asing.

Polis pula mendakwa serangan itu disengajakan yang mungkin dikaitkan dengan pandangan xenofobia pemandu tersebut.
Selain itu, penyiasat juga mempunyai maklumat awal mengenai penyakit mental pemandu. – MalaysiaGazette