MANCHESTER – Bintang tengah Manchester United, Paul Pogba sekali lagi menjadi ‘bualan’ sensasi apabila bertindak meletakan kereta mewahnya, Rolls-Royce, di tempat parkir kereta yang dikhaskan untuk orang kurang upaya (OKU) baru-baru ini.

Peliknya, kereta Pogba tidak pula mempamekanr kad biru yang dikhaskan kepada OKU di negara ini, sebaliknya kereta mewah itu dikatakan diletakkan ‘secara suka suka’ sehingga menafikan hak golongan itu menggunakan perkhidmatan tersebut di sebuah pusat beli belah di Trafford.

Daily Mail melaporkan, gara-gara tidak tahan dengan tindakan bintang bola sepak itu, sebuah pasangan bertindak merakamkan gambar kereta mewah bernilai £250,000 (RM1.3 juta) sebelum di muat naik dalam laman sosial.

Pasangan itu mengakui pada awalnya, mereka tidak mengetahui Rolls Royce itu kepunyaan Pogba dan hanya melihat nombor plet kereta tersebut.

Bercakap dengan Daily Mail, lelaki berusia 52 itu berkata, dirinya hanya mengetahui kereta itu kepunyaan Pogba selepas diberitahu oleh pihak ketiga sahaja.

“Saya tidak tahu kerana saya dan isteri tidak mengikuti perkembangan bola sepak di negara ini, saya hanya nampak plet Monaco sahaja.

“Isteri saya merupakan OKU dan kami lihat parkir tersebut ada sebuah kereta mewah tapi tiada kad biru. Ketika itu, saya dan isteri sedang membeli belah.

“Setelah muat naik gambar, baru ada pihak memberitahu saya ianya milik seorang bintang bola sepak terkenal Manchester United.

“Bagaimanapun, saya tidak nampak siapa yang memandu atau meletakan kereta di situ,” katanya.

PogbaUsaha pihak Dail Mail untuk mendapat Pogba juga belum menemui hasil kerana mendapatkan sebarang maklumblas adakah beliau yang memandu kenderaan mewah tersebut ketika itu.

Ini berikutan tindakan undang-undang yang dikenakan terhadap Pogba sehingga lesen memandunya dibatalkan kerana kesalahan memandu dengan kelajuan ‘luar biasa’ pada September lepas. –MalaysiaGazette