SEOUL – Pihak berkuasa diplomatik Itali mengesahkan Korea Utara telah menggantikan envoi kanannya di Rom baru-baru ini, tanpa memnjelaskan samada ia imempunyai kaitan dengan laporan cubaan mendapatkan suaka seorang diplomat Korea Utara.

Seorang pegawai kedutaan Itali di Seoul berkata, Jo Song-gil bertanggungjawab terhadap misi diplomatik Korea Utara sejak 9 Disember 2017.

Beliau ‘telah digantikan’ oleh Kim Chon pada 20 November tahun lalu, kata pegawai itu ke agansi berita, Yonhap.

Tidak jelas samada Kim telah bekerja di kedutaan itu sebelum ini ataupun baru sahaja dihantar ke kedutaan tersebut.

Jo dan keluarganya menghilangkan diri pada awal November lalu selepas meninggalkan kedutaan itu, kata ahli parlimen Korea Selatan semalam selepas diberi taklimat oleh agensi perisikan berhubung perkara tersebut.

Terdahulu, akhbar di Seoul melaporkan Jo cuba mendapatkan suaka di negara Barat. Beliau hampir menamatkan tempoh perkhidmatannya di Rom ketika menghilangkan diri. – Agensi