Jamal Khashoggi
Jamal Khashoggi

RIYADH – Seramai 11 suspek kes penculikan dan pembunuhan wartawan, Jamal Khashoggi dihadapkan di mahkamah jenayah di Riyadh buat pertama kali semalam, lapor media milik kerajaan.

Bagaimanapun tiada gambar mengenai perbicaaan itu diedarkan. Nama suspek juga tidak didedahkan seperti yang dinyatakan oleh Arab Saudi sebagai keperluan perundangan.

Media Arab Saudi melaporkan semasa perbicaraan, defendan meminta salinan pertuduhan yang dikenakan dan tempoh untuk menjawabnya dan permintaan itu diluluskan, lapor The Independent.

“Pendakwa raya awam terus menyiasat kes ini dan baki individu yang dalam tahanan berhubung jenayah ini,’ lapor al-Arabiya.

Bagaimanapin keraguan bagaimana Arab Saudi mengendalikan pembunuhan Khashoggi timbul ketika gesaan kumpulan hak asasi manusia yang mahukan siasatan bebas antarbangsa dilakukan

“Mereka yang mengutuk tindakan Riyadh mungkin tidak mengambil pembicaraan ini serius sepertimana yang dimahukan Riyadh yang mana saya ragu-ragu Riyadh akan menerimanya (pembabitan antarabangsa),” kata felo kanan Atlantic Council and Royal United Services Institute di London, HA Hellyer.

Tidak jelas peguam nama yang mewakil suspek, namun kenyataan yang dikeluarkan pendakwa raya Arab Saudi menyatakan 11 suspek menghadiri perbicaraan dengan wakil perundangan masing-masing.

Ketua Pendakwa Raya Arab Saudi, Saud al-Mojeb, dipilih oleh putera mahkota berusia 33 tahun yang mana Barat melihat agensi perisikan dan Senat Amerika Syarikat mendakwa beliau di belakang pembunuhan Khashoggi, 59, pada 2 Oktober lalu.

Pada November lalu, Mojeb berkata, beliau mahu hukuman mati dikenakan ke atas lima suspek, cubaan meredakan kemarahan dunia terhadap pembunuhan itu yang menyaksikan kolumis Washington Post itu dibunuh di konsulat negaranya di Istanbul, Turki. – Agensi