Pasukan bomba melakukan siasatan sebuah premis 'escape game' yang terbakar dan menyebabkan lima remaja maut. foto Agensi

WARSAW – Lima remaja yang sedang menyertai ‘escape game’ maut selepas premis permainan itu terbakar.

Seorang lelaki berusia 25 tahun cedera parah dalam kebakaran yang bermula pada pukul 5 petang waktu tempatan di bandar Koszalin.

Kesemua lima remaja perempuan yang berusia 15 tahun itu meninggal dunia berada dalam ‘escape room’ ketika meraikan sambutan hari jadi rakan mereka.

‘Escape game’ merupakan permainan mencabar dalam premis, yang mana para pemainnya bermain di dalam ruangan yang terkunci, kemudia para pemain tersebut harus berusaha keluar dari ruangan yang terkunci tersebut dengan memecahkan teka-teki, petunjuk yang tersedia.

Punca kebakaran masih belum diketahui dan siasatan sedang dilakukan di setiap bilik permainan tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast