Paul Whelan.. foto Agensi

UNITED KINGDOM – Rusia diingatkan tidak menjadikan individu sebagai tebusan diplomatik selepas seorang bekas tentera marin ditahan di Moscow atas pertuduhan mengintip.

Paul Whelan ditahan oleh Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan Rusia pada 28 Disember lalu.

Namun, keluarga Whelan mendakwa lelaki itu seorang individu yang baik dan pergi ke Moscow semata-mata mahu menghadiri majlis perkahwinan rakannya.

“Individu tidak sepatutnya digunakan dalam tebusan politik,” kata Menteri Luar Britain, Jeremy Hunt sambil memberitahu Britain sangat bimbang tentang nasib Whelan.

Katanya, Britain telah menawarkan bantuan bersama Amerika Syarikat kerana Whelan memiliki dua warga negara.

Sejak meletakkan jawatan dalam tentera Amerika Syarikat, Whelan telah bertugas sebagai eksekutif di sebuah firma keselamatan milik syarikat Amerika Syarikat.

Malah, beliau pernah melawat Rusia dan membangunkan rangkaian negara tersebut.

Minggu ini, Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Mike Pompeo telah meminta Moscow menjelaskan penahanan Whelan dan meminta bekas tentera itu dihantar pulang jika penahanan tersebut tidak dilakukan dengan betul.

FSB telah membuka kes jenayah terhadap Whelan tetapi tidak mendedahkan aktiviti pengintipan yang dikaitkan.

Dakwaan mengintip di Rusia boleh dikenakan hukuman antara 10 hingga 10 tahun. – MalaysiaGazette