Seorang anak kapal Royal Brunei sedang memadamkan kebakaran kecil selepas power bank meletup.

BANDAR SER BEGAWANN – Semua penumpang dan anak kapal Royal Brunei selamat selepas power bank meletup dalam penerbangan.

Royal Brunei mengesahkan kejadian yang berlaku pada petang Khamis lalu.

Insiden itu menjadi tular dalam Facebook selepas seorang pengguna berkongsikan rakaman video dan imej-imej kejadian berkenaan.

Video dan gambar-gambar yang tular itu menunjukkan pesawat berkenaan dilitupi asap sederhana dan para penumpang menutup hidung dan muka ketika beberapa anak kapal sedang memadamkan kebakaran kecil.

Ketika kejadian, pesawat B1636 itu dalam penerbangan dari Hong Kong ke Bandar Seri Begawan.

Seorang penumpang, Francis Ngu Hown Hua memuji kecekapan anak kapal Royal Brunei dan mengawal keadaan.

“Anak kapal kami diberi latihan mengikut standard operasi untuk menangani insiden-insiden secara profesional dan sentiasa memastikan keselamatan penumpang sepanjang masa,” kata Royal Brunei dalam satu kenyataan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast