Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – AirAsia memansuhkan caj klia2 sebanyak RM3 yang dikenakan kepada semua penumpang yang berlepas dari Lapangan Terbangan Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), berkuatkuasa hari ini.

Menurut AirAsia, yuran tersebut diperkenalkan pada 2014 bagi menampung kos tambahan di klia2 berikutan penggunaan kemudahan mandatori yang dilaksanakan Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) seperti aerobridge dan sistem daftar masuk dan pelepasan SITA.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat berkata: “Kami telah berkata dari awal bahawa klia2 tidak sesuai untuk operasi syarikat penerbangan tambang murah,”.

Tambah beliau, berikutan itu, pihaknya akan terus menemui MAHB untuk mengurangkan semua kos tambahan yang dikenakan ke atas AirAsia. – MalaysiaGazette