Pekan

KUALA LUMPUR – Pelakon Rita Rudaini menunai solat hajat selepas kucing kesayangannya yang diberi nama Pekan hilang sejak 2 Januari.

Rita, 44, memberitahu, Pekan hilang ketika dipinjamkan untuk ‘mengahwinkan’ dengan kucing rakannya yang tinggal di Semenyih, Selangor.

Ibu tunggal beranak dua itu berkata, dia menganggap Pekan seperti anak sendiri.

“Hati hancur..sedih yg amat sgt..dr smlm nangis,mkn pon tak…kucing mcm anak sendiri….mommy dpt berita,pekan hilang 2hb jan di kawasan bandar sunway semenyih.

“ALLAH je yg tau hati mommy hancur,kecewa,sedih,lembik….tiada yg bole ganti Pekan…benda bernyawa…bukan mcm hilang pencil bole ganti…setiap pg dah xde dgr ketukan pintu dr Pekan..

“Dah xde nk tggu mommy dpn pintu…pekan adalah yg paling manja..mommy yg sambut dia lahir…tah apalah nasib dia skrg,mkn ke,minum ke..pekan xpernah kluar rumah,xpernah jejak tanah..mommy tatang mcm minyak yg penuh…syg mcm ank sendiri..dukung mcm ank…luluh hati allahuakbar..mlm td mommy xle tido pikir pekan..selamatkan dia YA ALLAH..sape terjumpa tolong pulangkn,”tulis Rita berkongsi perasaan sedih di Instagramnya. – MalaysiaGazette