LOS ANGELES – Dunia seni membuka tirai tahun 2019 menerusi Anugerah Golden Globes edisi ke-76 semalam.

Seperti biasa, ramai bintang Hollywood kelas A berkumpul di Beverly Hills di sini bagi menyaksi dan meraikan dan memberi pengiktirafan kepada filem serta drama terbaik.

Anugerah Golden Globes kali ini menyaksikan Lady Gaga mengungguli anugerah bagi kategori Lagu Original Terbaik untuk lagu Shallow di dalam filem A Star Is Born.

Kemenangannya sudah dijangka apabila ramai yang meramalkan penyanyi yang turut berlakon dalam filem tersebut disebut-sebut antara pemegang trofi di Golden Globes ini.

Pelakon Rami Malek yang membawa watak Freddy Mercury di dalam filem Bohemian Rhapsody merangkul kategori Pelakon Lelaki Terbaik.

Kemenangan Rami memberi kejutan ramai kerana mampu mengalahkan calon-calon hebat seperti Bradley Copper.

Malah filem biografi yang mengisahkan tentang kumpulan Queen itu juga memenangi kategori Terbaik Drama-Motion Picture mengatasi filem A Star Is Born dan Black Panther. – MalaysiaGazette