CHONGQIN- Seorang pemandu keretapi bawah tanah di barat daya China terbunuh manakala tiga lagi cedera apabila kenderaan tersebut melanggar dinding penghadang pada Selasa malam, kurang dua minggu selepas laluan rel metro itu dibuka.
Kira-kira 30 penumpang termasuk seorang penumpang yang cedera ringan, tiga kakitangan rel yang tercedera termasuk pemandu diselamatkan oleh pekerja-pekerja di stesen dan dibawa ke hospital.
Bagaimanapun pemandu tren meninggal di hospital.
Bahagian hadapan tren rosak teruk dalam kejadian tersebut.
Menurut syarikat transit rel Chongqing, terdapat tiga stesen sejauh empat kilometer terpaksa ditutup akibat kemalangan tersebut manakala stesen-stesen lain beroperasi seperti biasa.
Punca kemalangan masih disiasat.-MalaysiaGazette
















