KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia yang merancang ke Eropah perlu memohon secara atas talian visa ETIAS (Sistem Maklumat dan Pengiktirafan Eropah) mulai tahun 2021.

Sistem itu diwujudkan oleh Kesatuan Eropah untuk mengukuhkan kawalan sempadan dan melindungi warga Eropah yang tinggal di zon Schengen dan pelawat yang mengembara ke sana.

Sebelum ini hingga tahun 2021, warga Eropah dan Malaysia yang melawat di kedua-dua negara tidak perlu memohon visa bagi perjalanan selama 90 hari.

Bagaimanapun, ETIAS melalui laman sesawang memaklumkan, polisi itu akan diubah dari tahun 2021 ke atas.

Semua permohonan boleh dibuat melalui sistem aplikasi atas talian.

“Visa ETIAS akan menjadi keperluan undang-undang untuk rakyat Malaysia dari tahun 2021,” katanya.

Tambahnya, visa ETIAS akan membolehkan rakyat Malaysia mengembara secara bebas antara negara-negara, sekitar zon Schengen.

Visa itu boleh digunakan untuk tiga tahun atau sehingga tarikh luput pasport.

Dari tahun 2021 dan seterusnya, visa ETIAS akan menjadi keperluan undang-undang wajib bagi Paraguay berusia 18 tahun ke atas apabila memasuki zon Schengen.

Kanak-kanak kecil (bawah 18 tahun) tidak perlu mendapatkan, memohon, atau membayar visa ETIAS untuk perjalanan ke Kesatuan Eropah. – MalaysiaGazette