Kerana percaya kepada seorang wanita yang disyaki menyamar sebagai “Inspektor Fazura”, seorang suri rumah di sini kerugian RM3,000 kerana diperdaya wanita itu, Khamis lepas.

GERIK – Satu rangka manusia dipercayai lelaki ditemui di bawah Jambatan Raja Muda Nazrin dekat Lenggong, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Gerik, Supt Ismail Che Isa berkata, rangka itu ditemui oleh orang awam dan memaklumkan kepada polis kira-kira 3 petang.

Beliau berkata, mengikut siasatan polis berdasarkan cebisan pakaian pada rangka tersebut, berkemungkinan lelaki itu sudah meninggal dunia sejak sebulan lalu.

“Rangka manusia ini belum dikenal pasti identitinya dan bedah siasat akan dijalankan di Hospital Gerik esok,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Ismail berkata, sebelum ini, pihaknya ada menerima laporan mengenai orang hilang dan asid deosiribonukleik (DNA) keluarga orang hilang itu akan diambil bagi mengenal pasti sama ada identiti rangka berkenaan adalah orang yang sama. – Bernama