Jose Mourinho. Foto The Week UK.

LONDON – Jodoh Real Madrid dan Jose Mourinho bakal bertaut kembali selepas kedua-dua pihak dilaporkan telah memulakan rundingan sekaligus mencetuskan kepulangan semula ke Santiago Bernabeu.

The Sun melaporkan Presiden Madrid, Florentino PerezĀ telah berunding dengan wakil bekas pengendali Manchester United itu kerana mereka mempunyai hubungan yang baik selama ini.

Laporan tersebut turut mendakwa sejak meninggalkan Old Trafford, Mourinho telah menerima empat tawaran lain.

Bagaimanapun kesemua tawaran tersebut tidak menarik perhatianĀ pengendali kelahiran Portugal.

Mourinho pernah mengendali kelab gergasi Sepanyol itu pada 2010 hingga 2013.

Ketika ini, pengurus Madrid, Santiago Solari terus dihimpit tekanan selepas pasukannya tewas 0-2 kepada Real Sociedad hujung minggu lalu.

Ia menyebabkan Madrid jatuh ke tangga kelima La Liga, ketinggalan 10 mata di belakang pendahulu Barcelona.

Mourinho sebelum ini dikatakan telah menolak tawaran Benfica bagi menggantikan Rui Victoria. – MalaysiaGazette