Torsten Müller-Otvos

KUALA LUMPUR – Rolls-Royce Motor Cars telah mencapai jualan tahunan tertinggi dalam sejarahnhya selama 115 tahun, dengan 4,107 buah kereta dijual di lebih 50 negara serata dunia pada 2018.

Pengeluar kenderaan mewah antarabangsa terunggul itu juga menerima permintaan memberangsangkan untuk rekaan karya Bespoke buat kali pertama dan telah melancarkan Cullinan yang baharu, sebuah kenderaan sport utiliti Rolls-Royce yang turut mendapat sambutan baik.

Ketua Pegawai Eksekutif Rolls-Royce, Torsten Müller-Otvos berkata, tahun 2018 merupakan tahun yang paling berjaya dan banyak memecahkan rekod untuk Rolls-Royce.

“Kami merekodkan pertumbuhan di semua rantau serata dunia. Pencapaian kami pada tahun 2018 amat mengagumkan: Saya pasti kami mampu mencipta pencapaian yang lebih cemerlang lagi pada tahun 2019,” katanya.

Menurut beliau, Amerika Syarikat kekal menjadi pasaran syarikat yang paling luas pada 2018.

Jualan turut meningkat di ke semua rantau sepanjang tahun dengan peningkatan yang menggalakkan dalam permintaan untuk rata-rata kesemua model.

Phantom pula mencatatkan peningkatan jualan tertinggi, diikuti model Wraith dan Dawn yang cukup kontemporari dan menawan.

Untuk memenuhi permintaan global yang semakin meningkat, Rolls-Royce mengambil 200 kakitangan baharu, kebanyakan dalam peranan pembuatan terlatih pada tahun lalu,

Dengan kewujudan jawatan-jawatan baharu ini, jumlah tenaga kerja di ibu pejabat Rolls-Royce kini melebihi 2,000 orang untuk kali pertama sejak kilang ini dibuka pada 2003. – MalaysiaGazette