HANGZHOU – Zhejiang Geely Holding (Geely) tidak menjual sebarang saham dalam Daimler AG, sekali gus menafikan laporan Bloomberg yang mendakwa firma automotif China itu telah mengurangkan 9.7 peratus pegangannya dalam syarikat pembuat kereta Jerman lebih daripada separuh.

Jurucakap Geely berkata, sebagai pelabur jangka panjang, Geely tidak menjual saham-sahamnya.

“Pegangan Geely dalam Daimler masih kekal,” katanya.

Bloomberg dilaporkan mendakwa taikun China, Li Shufy telah menjual 5.4 peratus pegangannya dalam Daimler.

Laporan itu didedahkan selepas Morgan Stanley memaklumkan ia telah meningkatkan penguasaannya dalam Daimler kepada 5.39 peratus berbanding 0.34 peratus pada 4 Januari lalu.

Menurut Bloomberg, Morgan Stanley memegang kepentingan saham bagi pihak lain. – MalaysiaGazette