Serangan tentera Israel awal pagi tadi yang menyasarkan depot senjata dan kedudukan tentera di timur Syria telah mengorbankan sekurang-kurangnya tujuh askar Syria dan 16 pejuang sekutu.- Gambar hiasan.

BEIRUT – Agensi berita Syria mendakwa pesawat perang Israel telah melancarkan beberapa peluru berpandu ke arah Damsyik pada Jumaat menyebabkan pertahanan udara negara tersebut terpaksa menutup hampir keseluruhan daripada kawasan berkenaan.

“Hasil daripada tindakan pantas tersebut kami berjaya mengekang serangan kepada hanya satu bedilan ke arah sebuah gudang di lapangan terbang Damascus,” kata agensi berita SANA yang memetik sumber tentera.

Serangan tersebut berlaku pada kira-kira 11.15 malam.

Media rasmi Syria menyiarkan video yang didakwa mereka sebagai tembakan pertahanan daripada tentera udara mereka.

Video berkenaan menunjukkan satu objek bercahaya ditembak ke langit dan diikuti oleh bunyi letupan.

Israel telah meningkatkan serangan terhadap Syria sebagai salah satu langkah untuk mengekang pengaruh Iran. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast