Lech am Arlberg,. foto Agensi

VIENNA – Tiga lelaki terbunuh selepas berlaku runtuhan salji berhampiran resort ski Austria, Lech am Arlberg, kata polis tempatan.

Pencarian untuk mangsa keempat, yang diisytiharkan sebagai hilang, terpaksa dihentikan kerana risiko runtuhan.

Mereka datang dalam kumpulan itu berasal dari Jerman selatan dan dilaporkan hilang oleh salah seorang isteri mereka pada malam Sabtu lalu.

Ketiga-tiga mangsa itu, masing-masing berusia antara 32, 36 dan 57 tahun dikesan melalui telefon bimbit.

Mereka ditemui di Langer Zug, satu daripada cerun yang paling curam di dunia.

Kawasan itu telah ditutup kerana keadaannya yang berbahaya.

Kematian mereka meningkatkan angka korban berkaitan dengan cuaca di Eropah kepada 24 orang.

Sementara itu, ramalan cuaca telah memberi amaran risiko tentang runtuhan salji di rantau Savoie dan Haute-Savoie susulan salji sepanjang malam. – MalaysiaGazette