Neelofa.

KUALA LUMPUR – Pengacara Neelofa menjelaskan dia tersalah memuat naik fotonya tanpa hijab di Instagram miliknya malam tadi.

“Foto itu sepatutnya (dikongsi) dengan teman rapat. Maaf jika membuatkan semua terkejut”.

Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd. Noor membuat kenyataan itu menerusi Instagram Story untuk menjelaskan perkara sebenar.

Malam tadi, pengacara program MeleTOP! itu mengejutkan pengikut laman sosialnya apabila memuat naik foto dia sedang memakai topeng wajah tanpa bertudung.

Namun foto itu dipadamkan tidak lama kemudian.

Menerusi foto itu, Neelofa, 29, turut menyertakan keterangan, suntikan steroid membuatkan kulitnya kering dan wajahnya membengkak.

Menyedari foto itu dimuat naik dalam tetapan umum, Neelofa, bagaimanapun segera memadamnya bagi mengelak sebarang kekecohan.

Namun, beberapa pengikut yang sempat melihat foto itu mengakui terkejut dan bertanya sama ada akaun media sosialnya itu menjadi mangsa penggodam. – MalaysiaGazette