Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim hadir untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya. foto AFFAN FAUZI, 15 JANUARI 2019

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini telah menahan Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim bersama abangnya, Datuk Abdul Latif Abdul Rahim berhubung siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram.

SPRM dalam satu kenyataan berkata, pihak telah mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara.

“Kedua-duanya ditahan pukul 4.30 petang ketika hadir ke Ibu Pejabat SPRM,” kata kenyataan yang sama.

Susulan itu, kedua-duanya akan dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok pukul 9.00 pagi mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001. – MalaysiaGazette

http://malaysiagazette.com/blog/2019/01/15/azeez-ditahan-sprm/