Foto Agensi

SINGAPURA – Harga minyak antarabangsa naik dalam dagangan hari ini susulan pengurangan bekalan oleh OPEC dan Rusia.

Niaga hadapan minyak Amerika Syarikat, West Texas Intermediate (WTI) didagangkan sebanyak AS$50.78 setong, naik AS$0.27.

Manakala harga Brent belum didagangkan.

“Pengurangan bekalan oleh OPEC, sekatan ke atas Iran dan pertumbuhan lebih rendah dalam pengeluaran Amerika Syarikat sepatutnya membantu menyokong harga minyak daripada paras semasa,” menurut JP Morgan.

OPEC dan sekutu-sekutunya telah bersetuju untuk mengurangkan bekalan sebanyak 1.2 juta tong bagi menangani lebihan bekalan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast