ringgitHarga saham di Bursa Malaysia tinggi semasa dibuka hari ini, didorong beberapa sokongan belian dalam saham wajaran tinggi terpilih walaupun pasaran saham Asia mencatatkan prestasi bercampur-campur.
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia mengundurkan keuntungan semalam apabila dibuka rendah hari ini, selaras dengan pasaran serantau berikutan munculnya aktiviti pengambilan untung, kata peniaga.

Pada jam 9.05 pagi, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada pada 3.3 mata lebih rendah pada 1,676.12 daripada penutup Selasa iaitu 1,679.42.

Indeks berkenaan dibuka rendah 3.64 mata pada 1,675.78.

Bagaimanapun, dalam pasaran meluas, kaunter untuk mengatasi rugi sebanyak 143 berbanding 78 manakala 152 kaunter lagi tidak berubah, 1,503 tidak didagangkan dan 35 yang lain digantung.

Jumlah saham adalah sebanyak 114.63 juta dengan nilai RM52.85 juta. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast