Beberapa buah kenderaan dibakar di luar hotel DusitD2 sebelum serangan dilakukan. foto Agensi

NAIROBI – Enam terbunuh dalam serangan oleh militan di sebuah hotel mewah di sini.

Tembakan dan letupan kedengaran di sekitar lokasi hotel yang terletak di daerah Westlands di bandar raya Kenya yang menempatkan hotel DusitD2 dan pejabat-pejabat.

Kumpulan militan Somalia, al-Shabab mengaku melakukan serangan tersebut.

Kerajaan mengeluarkan kenyataan bahawa bangunan tersebut sudah terkawal dan selamat.

Serangan itu difahamkan berlaku pada pukul 3 petang apabila penyerang membaling bom pada kenderaan di tempat letak kereta sebelum memasuki lobi dan kemudian mengebom dirinya sendiri.

Polis telah dikejarkan ke tempat kejadian.

Orang ramai dengan sebahagian berlumuran darah keluar daripada hotel berkenaan oleh polis.

Pihak berkuasa dan saksi mengesahkan sekurang-kurang lima orang terbunuh di restoran hotel manakala seorang lagi meninggal dunia di hospital akibat kecederaan.

Setakat ini jumlah mangsa yang maut akibat serangan itu belum disahkan tetapi pekerja di rumah mayat memberitahu Reuters sekurang-kurangnya 14 terkorban. – MalaysiaGazette