Rahaf Mohammed al-Qunun. foto Reuters

TORONTO – Agensi pelarian Kanada menyediakan pengawal keselamatan untuk memastikan remaja Arab Saudi, Rahaf Mohammed tidak keseorangan.

Bantuan itu juga membolehkan remaja itu memulakan kehidupan baharu.

Rahaf, 18, mendapat perhatian dunia selepas mengurungkan dirinya dalam bilik hotel di Bangkok bagi mengelak di hantar
balik kepada keluargannya yang didakwa akan menyeksa atau membunuhnya.

Bagaimanapun, keluarga Rahaf menafikan sebarang dakwaan penganiayaannya.

Remaja itu mendakwa menerima pelbagai ancaman atas talian dan bimbang akan keselamatannya, kata Pengarah Eksekutif Costi, Mario Calla, agensi pelarian yang dilantik kerajaan Kanada untuk membantu Rahaf di Toronto.

“Ia sukar untuk menyatakan sejauh mana ancaman yang diterima. Tetapi kami melihatnya secara serius,” ujar Calla.

Rahaf juga enggan menggunakan nama keluarganya al-Qunun, memberitahu dia mahu memulakan kehidupan bahawa seperti orang normal seperti gadis lain. – MalaysiaGazette