Polis mengepung kawasan yang mana bekas ejen Rusia Sergei Skripal dan anaknya, Yulia ditemui tidak sedarkan diri pada 3 April 2018. foto Reuters

BRUSSELS – Duta-duta Kesatuan Eropah bersetuju untuk mengenakan sekatan kepada sembilan individu dan satu entiti yang dituduh terlibat melakukan serangan senjata kimia.

Ia termasuk dua lelaki Rusia yang dipersalahkan kerana meracun bekas ejen Rusia di Britain, kata dua diplomat.

Sekatan itu membabitkan perjalanan mereka akan digantung dan aset pula dibekukan.

Dua lagi lelaki yang disekat merupakan pegawai perisik tentera Rusia yang didakwa ke England dan cuba membunuh Skripal.

Selain itu, sekatan itu turut membabitkan dua warga Rusia  dan lima rakyat Syria.

Diplomat berkata, Britain mengemukakan nama dua lelaki Rusia, Alexander Petrov dan Ruslan Boshirov yang didakwa cuba membunuh Sergei Skripal dan anak perempuannya, Yulia dengan menyemburkan senjata kimia di pintu depan rumah mereka di bandar Salisbury pada tahun lalu.

Lelaki itu menafikan sebarang penglibatan dalam serangan itu.

Mereka yang disasarkan adalah nama pertama yang akan ditambah di bawah mekanisme baharu hukuman senjata kimia yang diharamkan oleh Kesatuan Eropah, tanpa mengira kewarganegaraan mereka.

Senjata kimia telah diharamkan dua dekad yang lalu di bawah perjanjian antarabangsa namun peningkatan penggunaan agen saraf telah mengejutkan kerajaan-kerajaan Barat, termasuk percubaan membunuh Skripal.

Skripal, 66, bekas kolonel yang khinat dalam perisikan tentera Rusia telah berhijrah ke Britain bersama anak perempuannya.

Kedua-dua mereka ditemui tidak sedarkan diri di bangku simpanan di Salisbury pada 4 Mac tahun lepas. – MalaysiaGazette