Ahmad Zahid Hamidi wizard frogs PAS UMNO Abdul Hadi Awang ducks Mohd Puad Zarkashi Parti Kuasa Rakyat politics
Mohd Puad Zakarshi

KUALA LUMPUR – Tindakan Kerajaan Pusat menyaman Kerajaan Negeri Kelantan atas dakwaan melakukan pencerobohan tanah Orang Asli suku Temiar di Pos Simpor Gua Musang disifatkan bermotifkan politik.

Ini kerana, saman itu dibuat semasa Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands sedang berlaku dan ia kebetulan pula ibu kepada kepada calon Barisan Nasional yang berketurunan Temiar.

Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi berkata, begitu cepat sekali Peguam Negara mengambil tindakan.

Malah, bekas Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) itu menyifatkan Peguam Negara dijadikan alat kepada Pakatan Harapan untuk menarik sokongan masyarakat Orang Asli kepada calon DAP.

“Kenapa Peguam Negara tidak mengambil tindakan terhadap Senator Bob Manolan Mohamad yang mengugut Tok Batin bahawa mereka akan dipecat dan elaun tidak akan dibayar jika tidak sokong calon DAP.

“Laporan polis terhadap Bob Manolan sudah dibuat. Tindakan Bob Manolan adalah penghinaan terhadap inteligen (perisik) Orang Asli,” katanya.

Menurutnya, tindakan saman Kerajaan Pusat terhadap Kerajaan Kelantan juga sebenarnya menghina inteligen Orang Asli.

Lantaran itu, katanya, Lebih baik Masyarakat Orang Asli memilih Ahli Dewan Rakyat mereka yang pertama, yang akan memantau sama ada Kerajaan Pakatan Harapan serius melaksanakan saman tersebut dan kebajikan masyarakat mereka keseluruhannya.

Kelmarin, Jabatan Peguam Negara memfailkan tindakan undang-undang di Mahkamah Tinggi Kota Bharu bagi Orang Asli Temiar terhadap Kerajaan Kelantan.

Kes sama difailkan Kerajaan Persekutuan terhadap Kerajaan Kelantan dan tujuh lagi untuk mendapatkan pengiktirafan hak tanah adat Orang Asli Temiar di Pos Simpor berhampiran Gua Musang.

Sebutan semula kes itu pada 22 Januari. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Zakashi? Zakashi!Zakashi.

    Ape saja perilaku perhubungan manusia sesama manusia, tak lain, semua nya bibit bibit politik.

    Hubungan antara Manusia tidak lain, Pesepsi & “Possibility”.

    …hinggakan “Mati” pun Manusia “commercialized” kan Akan Possibility & Pesepsi NYA.

    WOIT Fuad,

    Statement yg kamu comotkan ” Saman Kelantan ceroboh Tanah Orang Asli Bersifat Politik” itu pun satu comotan Politik.

    Bukan Bagitu??

Comments are closed.