Sebanyak 100,000 permohonan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dari 25 kawasan Parlimen di Sabah, kata Anggota Parlimen Beluran Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Langat telah menyerahkan nama calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih kepada pucuk pimpinan parti, baru-baru ini.

Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Hulu Langat, Rais Zulkifli berkata, pihaknya telah menyerahkan enam nama.

“Kita telah menyerahkan enam nama daripada pelbagai peringkat termasuk Armada kecuali Srikandi yang kami tidak senaraikan.

“Kita ingin memaklumkan bahawa urusan meletakkan dan memilih calon PRK DUN Semenyih adalah tugas dan keputusan pimpinan di peringkat negeri dan pusat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Rais berkata, pengumuman calon bagi yang akan bertanding bagi parti itu pada PRK berkenaan dijangka dibuat pada 16 Februari ini.

“Manakala fokus utama kita adalah memastikan kelancaran operasi pilihanraya di DUN Semenyih bersama komponen Pakatan Harapan,” katanya.

Kerusi bagi DUN Semenyih kosong selepas penyandangnya, Mohd. Bakhtiar Mohd Nor meninggal dunia akibat serangan jantung pada 11 Januari lalu.

Allahyarham daripada Parti Bersatu menjadi wakil rakyat di Semenyih selama lapan bulan selepas mengalahkan penyandang kerusi itu, Datuk Johan Abd Aziz, daripada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) Mei tahun lalu dengan majoriti 8,964 undi.

Allahyarham yang juga Ketua Bahagian Bersatu Hulu Langat memperoleh 23,428 undi. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN : PRK DUN Semenyih 2 Mac – SPR

ARTIKEL BERKAITAN : Bersatu beri gambaran letak calon tempatan di Semenyih

ARTIKEL BERKAITAN : Srikandi PPBM harap calon wanita untuk PRK Semenyih