Nicolas Maduro
Nicolas Maduro. foto Agensi

CARACAS – Presiden Venezuela, Nicolas Maduro mengarahkan kajian semula hubungan diplomatik dengan Amerika Syarikat.

Beliau akan mengumumkan langkah baharu dalam hubungan itu beberapa jam lagi.

Maduro membuat kenyataan itu sebagai bertindak balas terhadap komen yang dibuat oleh Naib Presiden Amerika Syarikat, Mike Pence pada hari Selasa.

Pence telah menyatakan sokongannya kepada pembangkang Venezuela dan mendakwa Maduro sebagai “diktator tanpa kuasa yang sah”.

Pence menerusi rakaman video telah menyatakan sokongan Amerika Syarikat kepada pemimpin pembangkang Venezuela, Juan Guaido.

Parti pembangkang negara ini telah merancang untuk mengadakan perarakan di seluruh negara sebagai sebahagian daripada acara tahunan yang menandakan kejatuhan kerajaan tentera pada tahun 1958.

Pengkritik-pengkritik pemerintah semakin membandingkan Maduro dengan diktator Marcos Perez, yang ditolak dari kekuasaan pada tahun itu.

Dalam mesej video yang dituturkan dalam bahasa Inggeris dengan beberapa perkataan dan frasa bahasa Sepanyol, Pence, yang mendakwa Maduro sebagai “diktator” yang tidak mempunyai hak untuk berkuasa.

“Bagi pihak Presiden Donald Trump dan semua rakyat Amerika, beri saya menyatakan sokongan yang tidak berbelah bagi Amerika Syarikat kepada rakyat Venezuela.

“Nicolas Maduro adalah seorang diktator tanpa kuasa yang sah. Beliau tidak pernah memenangi jawatan Presiden dalam pilihan raya yang bebas dan adil dan telah mengekalkan cengkamannya dengan memenjarakan sesiapa yang berani menentang beliau,” kata Pence. – MalaysiaGazette