SunTrust Bank yang menjadi lokasi tembakan seorang lelaki hingga mengakibatkan lima individu terbunuh. foto Agensi

FLORIDA – Seorang lelaki menembak lima orang di sebuah bank di sini dan kemudian memanggil polis untuk menyerah diri.

Insiden itu berlaku di SunTrust Bank di Sebring, di sebuah bandar kecil yang memiliki 10,000 orang penduduk, 95 batu dari selatan Orlando.

Ketua Polis Sebring, Karl Hoglung berkata, suspek yang berusia 21 tahun itu dikenal pasti sebagai Zephen Xaver.

Beliau sendiri memaklumkan telah melepaskan tembakan di dalam bank.

Selepas beberapa pihak yang berunding dengan suspek gagal untuk memujuknya supaya meninggalkan bank berkenaan, pasukan SWAT telah memasuki bangunan dan terus bercakap dengannya.

“Dia menyerah diri sebenarnya dan kini ditahan,” kata Hoglung namun tidak mendedahkan punca tembakan tersebut dilepaskan.

Malah, tidak ada maklumat mengenai mangsa-mangsa. – MalaysiaGazette