Seorang kakitangan kontraktor mengecat huruf 'I' berwarna emas ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Istana Negara,Kuala Lumpur, foto MUHAMMAD ZULHAIRI, 07 JANUARI 2019

KUALA LUMPUR – Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan sempena Hari Wilayah Persekutuan yang dijadualkan 1 Februari ini ditangguhkan.

Menteri Wilayah Persekutua,n Khalid Abdul Samad berkata, istiadat berkenaan setiap tahun itu disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.

Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat khas pada Khamis lalu telah memilih Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-16.

Pertabalan baginda akan dibuat pada 31 Januari ini. – MalaysiaGazette