Maria Chin Abdullah
Maria Chin Abdullah

KUALA LUMPUR – Anak lelaki kepada Anggota Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah cedera ditikam seorang lelaki dalam cubaan samun di sebuah taman berhampiran kawasan perumahan Taman Mayang Emas, Petaling Jaya hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Supt Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, mangsa berusia 26 tahun itu ditikam di bahagian kanan perutnya ketika sedang berjoging di kawasan itu pada kira-kira 6 petang.

“Mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk rawatan dan dilaporkan stabil,” katanya dalam kenyataan kepada media tanpa menyebut nama mangsa. – BERNAMA