Datuk Seri Najib Tun Razak
Najib Razak

KUALA LUMPUR – Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak membuat teguran ‘pedas’ terhadap Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin.

Ia dibuat susulan tindakan Ahli Parlimen Sepang yang mempersoalkan tindak tanduknya yang sering berswafoto dengan orang ramai.

“Timbalan Menteri PH (Pakatan Harapan) ini dah kenapa?

“Sampai kita nak selfie pun PH panas tak bagi?

“Bukan rakyat nak selfie dengan saya. Saya yang nak selfie dengan kroni-kroni ini,” katanya menerusi ciapan terbaru di Facebook.

Najib yang turut menyindir berkata, sekiranya Mohamed Hanipa hendak lebih tahu, zaman sekarang merupakan zaman orang ramai menggunakan telefon pintar berkamera.

“Kalau Menteri tak tahu lagi, zaman ini zaman smartfon berkamera.

“Kelak di hari nanti boleh guna app beli Harapan Coin dari rakan separti. ujarnya.

Terdahulu, Najib menerusi status di laman Facebooknya memuat naik sekeping keratan akhbar arus perdana yang bertajuk ‘Pemimpin PH hairan kenapa rakyat berswafoto dengan Najib’.

Menerusi laman sosialnya juga, Najib ada memuat naik video-video menunjukkan orang ramai yang ditemui ketika pulang berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands, berpusu-pusu mahu bergambar dengannya. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.